10 Cara Jaga Luka Pembedahan Bersalin Supaya Cepat Kering dan Sembuh

Bersalin secara pembedahan kedengaran mengerikan bila fikir nak jaga luka pembedahan bersalin tu. Ummi melahirkan 5 anak secara normal, alhamdulillah.

Tapi 3 orang kawan baik ummi semuanya bersalin secara pembedahan. Jadi ummi memahami dilemma ibu-ibu. Sebenarnya, luka pembedahan bersalin dan luka semasa bersalin normal, tak jauh beza dari segi penjagaan dan rawatan.

Tapi, luka pembedahan bersalin lebih rumit kerana 7 lapisan kulit dibedah dan rahim kita juga ditebuk untuk mengeluarkan bayi.

Kedua-dua jenis luka bersalin juga menyakitkan, perlu dijaga dengan baik dan berisiko terkena jangkitan jika tidak dirawat sempurna. Di sini ummi senaraikan 10 tips tentang cara menjaga luka pembedahan bersalin supaya cepat kering dan sembuh.

#1 – Dapatkan Rehat Yang Cukup

Cakap senanglah kan. Mana ada ibu berpantang boleh berehat dengan sempurna.Baby pon nak menyusu apatah lagi kalau baby menyusu badan. Nasihat orang lama, pastikan kita tidur masa baby tidur. Betul. Itu yang ummi buat semasa dalam pantang. Kecuali masa berpantang sendiri anak kelima, agak mencabar jugalah nak dapat rehat yang cukup.

#2 – Kawal Rasa Sakit

Jika perlu, dapatkan pil penahan sakit dari doktor. Rasa sakit di tempat luka pembedahan bersalin boleh mengganggu emosi ibu dan mengganggu pergerakan. Pastikan pil penahan sakit diperoleh dari doktor dan ibu memaklumkan doktor sekiranya menyusu bayi dengan susu badan.

#3 – Berjalan-jalan

Sebaik sahaja dibenarkan bangun, ibu patut mula bangun dari katil dengan bantuan suami atau petugas hospital dan berjalan secara perlahan-lahan. Mula berjalan sedikit dahulu hinggalah maksimum 30 minit selepas beberapa hari pulang ke rumah. Berjalan akan meningkatkan aliran darah, mengelakkan darah beku, meningkatkan aktiviti bahagian bawah perut dan mempercepatkan luka untuk sembuh. Pastikan berjalan perlahan-lahan ye ibu.

#4 – Jaga Diri Sendiri Dengan Lebih Hati-hati

Ibu boleh bergerak tapi jangan terlampau banyak semasa 8 minggu pertama selepas pembedahan. Luka pembedahan bersalin bukan sahaja luaran malah dalaman. Elakkan naik turun tangga dengan kerap atau mengangkat beban yang melebihi berat bayi kita.

#5 – Jangan Angkat Benda Berat.

Samada bersalin secara normal ataupun pembedahan, ibu tidak boleh mengangkat sebarang benda melebihi berat bayi. Jika perlu, minta bantuan untuk sesiapa mengangkat bayi dan berikan kepada ibu jika ingin menyusu. Mengangkat berat boleh memberi tekanan kepada luka bersalin pembedahan. Malah, luka berpotensi untuk terbuka. Bahaya tau ibu.

#6 – Penjagaan Luaran Bahagian Luka

Pastikan luka bersalin pembedahan sentiasa kering dan bersih. Pastikan ianya dilap dengan kering selepas mandi dan sentiasa perhatikan jika ada sebarang ketidakselesaan pada luka seperti berbau atau nanah. Jika ianya berlaku, ibu harus segera memaklumkan doktor. Jangan menyapu sebarang ubat atau minyak tanpa nasihat doktor.

# 7 – Elakkan Bengkung Selepas Bersalin

Sungguhpun terdapat bengkung moden yang kononnya boleh diguna oleh ibu yang bersalin secara pembedahan, penggunaannya kurang digalakkan. Penggunaan bengkung berisiko menekan organ pelvic dan mendatangkan bahaya di kawasan luka pembedahan.

#8 – Postur Penyusuan Yang Betul

Jika ibu menyusukan bayi, ibu digalakkan duduk dengan tegak dan tidak terlalu membongkok. Ibu seeloknya duduk di kerusi yang tegak seperti kerusi makan dan boleh menggunakan bantal sokongan seperti nursing pillow semasa menyusukan bayi. Postur yang salah boleh menyakitkan di bahagian luka pembedahan dan membuatkannya lambat sembuh

#9 – Elak Dari Sembelit

Pil penahan sakit, supplemen zat besi dan perubahan hormon selalunya membuatkan ibu dalam pantang menjadi sembelit. Ini tidak elok untuk luka bersalin pembedahan kerana tekanan pada bahagian ari-ari akibat sembelit amat menyakitkan. Ibu dinasihat makan makanan tinggi fiber, minum air masak yang banyak dan jika perlu, ambil ubat pelembut najis. Jika mahu vitamin semulajadi, Ostematrix yang mengandungi Vitamin D amat membantu mengelak sembelit semasa pantang.

#10 – Pemakanan dan Nutrisi yang Betul

Ibu digalakkan makan makanan tinggi vitamin C kerana vitamin C membantu pembetukan kolagen yakni protein yang memulihkan tisu tubuh.

Makanan yang kaya dengan asid Omega-3 juga anti radang dan elok untuk menyembuhkan luka. Sayur- sayuran seperti brokoli dan sawi juga elok diamalkan semasa berpantang. Namun, orang Melayu lazimnya pantang makan sayur sepanjang 44 hari selepas bersalin.

Maka, vitamin amat perlu sebagai sumber tenaga dan menggalakkan luka bersalin pembedahan cepat sembuh.

Resveratrol merupakan bahan tinggi antioksidan yang membantu pembaharuan sel dengan sempurna. Luka pembedahan bersalin akibat pisau akan lebih cepat sembuh jika sel-sel kulit diperbaharui dengan segera.

Perlu di ingat, 7 lapisan tisu tubuh telah dipotong lalu megakibatkan “Necrosis” yakni kematian sel secara paksa. Kadangkala, ibu tidak dapat betul-betul berpantang dan berehat akibat beberapa faktor seperti berpantang sendiri, bayi sering meragam atau kuat menyusu.

Oleh itu ibu amat perlu bantuan untuk luka pembedahan bersalin akan cepat sembuh luaran atau dalaman.

Nak dengar pengalaman ibu ni berpantang selepas bersalin secara pembedahan?

Nak Luka Pantang Cepat Sangat Sembuh, Walaupun Caesar?

Dah dengar pengalaman beliau? Alhamdulillah, segalanya dengan izin Allah. Jika nak order vivix, sila hubungi ummi.

Dengan pembelian 2 botol vivix, anda layak mendapat keahlian percuma bernilai RM68.90, percuma postage bernilai RM10.60, penjimatan sebanyak RM140 kerana membeli dengan harga ahli dan pulangan bonus (cash back) sebanyak RM35 akan dimasukkan ke akaun bank anda bulan berikutnya di atas pembelian 2 botol vivix.

luka bersalin pembedahan

Salam Sayang,

Ummi Tiqah
SMS/Whatsapp: 018-290 7924  
ummitiqah@gmail.com  
FB Page: Ummi Tiqah

Pengedar Sah Shaklee, ID 880093

COD sekitar Gombak, Selayang, Setapak, Taman Melati, Wangsa Maju. Pengeposan ke seluruh Malaysia

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge